Friday, July 31, 2009

PENGIKTIRAFAN PROGRAM

Pengiktirafan Program Berkembar Diploma Pengajian Islam dan Dakwah PLDK -Institut Kemahiran Malaysia Sarawak(IKMAS)

-Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)setaraf dengan diploma biasa dari Universiti-universiti tempatan yang lain bagi maksud lantikan dalam perkhidmatan awam.

-Pengiktirafan dan pengecualian Jam kredit bagi Diploma Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak meliputi universiti berikut:

1-Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)bagi kemasukan tahun pertama Fakulti pengajian UKM.

2-Kemasukan ke Universiti Utara Malaysia(UUM)layak mendapat pengecualian kredit tertakluk kepada kelayakkan minimum purata Matagred Keseluruhan(PMK/CGPA)dan gred matapelajaran tertentu yang ditetapkan.

3-Kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) meliputi jurusan Pendidikan Bimbingan dan kaunseling,pendidikan moral,dan Pendidikan Bahasa Arab(apabila mendapat tawaran)dan layak mendapat pengecualian kredit apabila pelajar berkenaan mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4-Kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS)layak mendapat pemindahan kredit yang akan dinilai oleh Fakulti Pengajian dan Peradaban(FPPI)KUIS dari semasa ke semasa berdasarkan "case by case basis".

5-Kemasukan ke Universiti Malaya(UM) bagi tahun pertama Fakulti Pengajian Universiti Malaya.


6-Kemasukan ke Kolej Universiti Islam Malaysia(USIM)meliputi Fakulti Pengajian Alqur'an dan Al sunnah,Fakulti Syariah dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan kebenaran untuk memohon pengecualian bagi kursus-kursus tertentu.


7-Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau dengan melanjutkan pengajian ke progrma strata 1 di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.


*walaubagaimanapun,graduan program diploma PLDK-IKMAS ini boleh memohon ke mana-mana IPTA/IPTS selain di atas.